|
Bahan hiasan termasuk cili hijau dan tomato |
Kadang kala, menyediakan sesuatu makanan boleh menjadi tugas yang rumit dan payah terutamanya jikalau melibatkan banyak langkah penyediaan. Misalnya seperti telur goreng bersambal. Nampak agak senang dan ringkas tetapi bagi sesetengah orang, ianya merupakan satu cabaran tika berada di dapur. Siapa yang suka akan tugas penyediaan makanan yang rumit?? Barangkali, banyak yang memilih hidangan yang mana penyediaannya memerlukan langkah yang cepat dan minimun. Tetapi, bagi pengemar resepi, langkah yang pelbagai dan mengambil masa untuk menyiapkan sesuatu hidangan adalah cabaran yang pastinya mengembirakan sekiranya disiapkan dengan jayanya.
|
Memasak dengan api yang sederhana menjadikan cili hijau tetap ranggup |
Bebalik semula kepada telur goreng bersambal seperti yang kelihatan dalam gambar ini. Penyediaannya memerlukan tiga langkah yang utama iaitu merebus telur, menyediakan sambal tumis dan akhir sekali menggabungkan kesemua bahan tersebut. Nampak sukar?? Sebenarnya tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Ianya menjadi mudah sekiranya anda tahu untuk mengambil jalan pintas dalam penyediaannya tetapi menghasilkan hidangan yang serupa. Caranya?? itu hanya anda peroleh melalui pengalaman.
|
Masa untuk menikmati hidangan tengah hari.... |
0 comments