Ikan Jelawat Masak Asam
Siang tadi,ketika melawat rumah rakan sekuliah, mereka membincangkan berkenaan siapa yang harus memasak lauk pauk untuk hidangan makan malam. Memandangkan masing-masing agak keberatan, maka saya cadangkan agar menggunakan cara memasak yang paling simple iaitu merebus. Walaupun tak semeriah masakan seperti masak merah, rendang, ataupun masakan kari, namun sekiranya bahan mencukupi, hidangan pastinya agak cukup menyelerakan. Misalnya hidangan makan malam petang tadi. Ikan Jelawat Masak Asam.
Bahan-bahan (hidangan 2-3 orang)
- seekor ikan jelawat besaiz sederhana, potong ikut kesesuaian
- sebatang serai, dicencang
- 1 cm kunyit, ditumbut
- sesudu makan asam jawa
- seulas bawang merah, dihiris
- sesudu makan minyak untuk mengoreng
- air secukupnya
- garam dan perasa
1) panaskan minyak dan tumis bawang serta kunyit dan serai sampai wangi
2) masukkan air dan asam jawa. tambah garam dan perasa secukupnya
3)masukkan ikan dan biarkan mendidih sehingga ikan telah masak sepenuh nya. Hidangkan semasa masih panas
Walaupun melibatkan proses menumis, tetapi tidak lah menggambil masa yang lama. Oleh itu, sekiranya agak keberatan untuk menyediakan hidangan lauk pauk, maka cara seperti di atas cepat dan hasilnya dapat dinikmati dengan segera yang mungkin.
0 comments